MALAYSIA 0 HONG KONG 71
Skuad ragbi negara mengalami kekalahan terbesar dalam saingan Divisyen Perdana, Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2019 selepas dibelasah Hong Kong 71-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Selepas memaparkan aksi melawan sebelum tewas 24-30 di Hong Kong minggu lalu, skuad Bunga Raya gagal mengekalkan momentum sama untuk akur membenarkan lawan sama menghasilkan 11 try, termasuk satu try penalti selain tujuh daripada 10 conversion yang dilengkapkan.
Segala-galanya tampak serba tidak menjadi buat skuad negara yang turun tanpa ketua pasukan, K. Dineshwaran atau Dugro, yang kembali beraksi dalam Liga Ragbi Jepun, apabila Hong Kong terlebih dahulu memperoleh tujuh mata pertama menerusi try penalti yang diberikan pengadil dari Jepun, Tasuku Kawahara, pada minit keenam.
Pelawat lebih agresif untuk menghasilkan try pertama yang disempurnakan Jack Neville sebelum pertahanan Malaysia terus diasak dengan tiga lagi try untuk mengukuhkan kedudukan Hong Kong.
Penyumbang try berkenaan ialah Tyler Spitz, Harry Sayers dan Alexander Post untuk menutup aksi dalam separuh masa pertama dengan kelebihan 33 mata buat pelawat.
Dalam separuh masa kedua, skuad kendalian Brad Mika itu terus gagal untuk menghasilkan sesuatu yang positif manakala Paul Altier terus menjadi nadi penggerak Hong Kong untuk menghasilkan try.
Pesta itu berterusan dengan dominasi Hong Kong ditamatkan menerusi kemenangan 71-0 yang memberikan kekalahan terbesar buat skuad negara dalam kempen kali ini.
"Kami sudah berhempas-pulas tetapi kami gagal mengekang 'set piece' Hong Kong yang membawa pasukan berbeza minggu ini (berbanding aksi minggu lalu).
"Saya amat bangga dengan rakan sepasukan kerana berjuang sehingga ke saat-saat akhir perlawanan, begitu juga dengan penyokong yang memberikan sokongan padu," kata ketua pasukan negara, Marc Lee.