Skip to main content

Sukan SEA

Apa yang saya dapat daripada jurulatih Thailand... -- Ariff Aiman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ariff-aiman.jpg
Sekiranya di atas padang bola sepak, kita mempunyai Arif Aiman Hanapi dengan gerakan lincahnya di bahagian sayap. Namun, kita juga mempunyai Ariff Aiman dalam gelanggang tinju, dengan tumbukan kanan yang deras.

Ariff yang bakal membuat debutnya di Sukan SEA hailand 2025 tidak ingin pergi ke temasya itu sebagai atlet pelengkap sahaja.

Dengan kemasukan jurulatih dari Thailand, Ariff ingin menjadikan ia sebagai pemangkin kepada prestasinya di Thailand nanti dengan menimba sebanyak mungkin ilmu sebelum berentap di temasya dwi-tahunan itu nanti.

"Saya Ariff Aiman bermain dengan berat 69kg. Bulan ini lebih kepada persiapan fizikal, mental dan kemudian fokus pada taktikal.

"Pengalaman yang saya raih, apa yang saya dapat daripada jurulatih dari Thailand adalah lebih kepada taktikal. Ini merupakan Sukan SEA pertama saya, sasaran saya adalah berada di podium." katanya.

Advertisement

Must Watch Video