Skip to main content

Sukan Lain

Apa yang ‘best’ sangat pasal melatih atlet muda ni? Bekas atlet tenpin boling negara Syaidatul Afifah, ada jawapannya!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

asa.jpg
Ibarat kain putih yang dicorakkan, bekas jaguh negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, ada cara tersendiri untuk memupuk minat anak muda seawal tujuh tahun selepas membuat keputusan menubuhkan sebuah akademi tenpin boling yang membuka ruang untuk kanak-kanak berasa lebih dekat dengan sukan itu. 

"Melatih atlet muda ni perlu kesabaran tinggi." Demikian luahan manja Afifah selepas tiga tahun menceburi bidang kejurulatihan. 

Namun, dia percaya dengan pengalaman 11 tahun didikan bersama skuad kebangsaan, dia mampu untuk memikat ramai lagi hati anak muda yang berminat dengan sukan itu. 

Menjadi satu kepuasan menyaksikan kemajuan mereka, lebih-lebih lagi anak murid yang telah pun bersamanya sejak tiga tahun lalu, kini diberi pula perhatian untuk pendedahan kejohanan yang ditaja akademi tersebut. 

Pengalaman manis dan sedih turut dikongsi Afifah apabila ada bakat muda yang terpaksa dilepaskan disebabkan komitmen apabila menerima tawaran untuk berada di sekolah asrama penuh. 

Apapun, Afifah sangat berbangga dengan pencapaian dan keputusan positif yang telah diraih — antaranya melahirkan juara kategori bawah 15 tahun wilayah sekolah-sekolah untuk melayakkan diri ke MSSM dan salah seorang anak muridnya kini diserap dalam senarai panjang ke Sukan Malaysia (Sukma).
 

Advertisement

Must Watch Video