Persatuan Renang Amatur Terengganu dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu pembabitan atlet terjun negeri itu pada kejohanan SUKMA 2024 dalam masa terdekat.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, ketika dihubungi oleh Stadium Astro sebentar tadi menjelaskan bahawa arahan untuk berbuat demikian telahpun dikeluarkan terhadap persatuan terbabit.
"Nanti akan ada kenyataan daripada Urusetia Penerangan Negeri Terengganu akan keluarkan kenyataan sebab diaorang dah pun bertanyakan perkara tersebut kepada pihak persatuan (Persatuan Renang Amatur Terengganu) sendiri dan juga dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu. Jadi saya rasa tak perlu lagi saya keluarkan kenyataan, memadai (dengan kenyataan dibuat) semalam." Katanya.
Jelasnya lagi semua perkara mengenai perincian pembabitan atlet terbabit juga akan disertakan dalam kenyataan yang akan dibuat itu nanti.
Ketika ditanya mengenai status pemberian imbuhan atau insentif kepada atlet Terengganu yang telah memenangi pingat pada temasya SUKMA 2024 yang baru berakhir, beliau menjelaskan bahawa ia belum lagi diumumkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
"Setakat ini tidak diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu melainkan yang sedia ada sahaja." Katanya lagi.
Semalam Hishamuddin telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa keterlibatan atlet terjun negeri itu di SUKMA 2024 di Sarawak dibuat tanpa pengetahuan kerajaan negeri.
Ia adalah selari dengan kenyataan Kerajaan Negeri Terengganu sebelum ini yang menegaskan tiada penglibatan atlet dari Terengganu yang akan menyertai acara renang dan terjun di SUKMA 2024 kerana kod etika pemakaian yang disifatkan tidak mematuhi syariah.
Bagaimanapun ketika temasya itu berlangsung, atlet terjun Terengganu adalah antara yang paling menyerlah di temasya itu dan mampu membawa pulang beberapa pingat untuk Terengganu.
Ia termasuk Ilyssa Ixora Imran dan Uzlifatil Jannah Ashraf yang memenangi pingat gangsa bagio acara 10 meter platform seirama yang berlangsung di Pusat Akuatik Pandalela Rinong di Petra Jaya.
Malah Uzlifatil bersama rakan pasangannya, Muizuddin Mohd Asri turut memenangi pingat gangsa bagi acara 3 meter papan anjal seirama campuran selepas mengumpul 201.81 mata.
Begitu juga dengan Muhammad Haris yang telah menyumbangkan pingat gangsa bagi acara 1 meter papan anjal lelaki buat negeri Terengganu Darul Iman.