Skip to main content

Sukan Lain

Apa kata cuba benda baru? -- Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thamaraj.jpg
Siapa sangka, transisi daripada kancah taekwondo ke pencak silat mengangkat nama V.Thamaraj di persada dunia selepas merangkul pingat emas di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 di Abu Dhabi, UAE, kelmarin.

Sebanyak enam pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa berjaya dibutirkan selain ia merupakan pencapaian yang sangat signifikan daripada skuad kebangsaan.

Lebih mengejutkan, muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan tersebut yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Ketika ditemu-bual dalam segmen tetamu jemputan Nadi Arena, Thamaraj menceritakan detik permulaanya menyertai dunia persilatan yang memberi pulangan berbaloi kepada dirinya.




Dia menjelaskan setiap perlawanannya memerlukan perancangan rapi terlebih dajulu sebelum memasuki gelanggang sambil mengikuti strategi yang sudah diterapkan oleh jurulatih.

"Ketika aktif dalam taekwondo, saya berlatih di sebuah kem tentera dan mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kami juga berlatih dengan atlet silat di satu tempat yang sama.

"Terdetik di hati apabila terpesona melihat gerakan silat dan berminat mempelajarinya.

"Apa kata cuba perkara baru? Katanya.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video