Skip to main content

Sukan Lain

Anugerah Sukan Negara: Nurul Alyani calon Olahragawati Kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nurul-ayuni.jpg
Terkejut! Demikian reaksi pertama yang mampu diterbitkan oleh atlet boling padang negara, Nurul Alyani Jamil, selepas tersenarai sebagai salah seorang lima calon Olahragawati Kebangsaan dalam Anugerah Sukan Negara 2023 yang bakal diketahui Khamis ini.

Pemenang pingat emas acara perseorangan Kejohanan Boling Padang Asia tahun lalu menyifatkan pencapaian itu sebagai anjakan paradigma untuk dia terus mempamerkan prestasi cemerlang dalam setiap kejohanan yang disertai. 

"Tiada kejohanan dalam masa terdekat. 

"Saya sedang berusaha merebut tempat menyertai Kejohanan Antara Juara-Juara pada November depan. 

"Saya perlu bersiap sedia dalam proses pemilihannya sedikit masa lagi. 

"Saya perlu bijak membahagian masa di antara sesi latihan dan pelajaran," katanya yang ditemui di Shah Alam hari ini. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video