Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) meneruskan upacara tahunan untuk mengiktiraf pelajar prestasi cemerlang dan memupuk menjadi atlet bertaraf dunia masa hadapan.

MSSM merupakan salah satu acara sukan peringkat sekolah terbesar negara yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Acara kemuncak tahunan tertumpu kepada Anugerah Sukan KPM-MSSM 2024 yang menjadi milik pelari pecut dan juga pelayaran negara dalam edisi kali ini.

Kejayaan Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal meraih pingat emas 4x100 meter Kejohanan Olahraga Trek dan Padang Singapura serta pingat emas riben biru Terbuka Negeri Sembilan menjadi faktor utama dirinya dinobat sebagai penerima Anugerah Puteri KPM-MSSM.



"Saya akan menjadikan anugerah ini sebagai semangat saya untuk ke bidang seterusnya dan karier yang lebih jauh lagi," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Anugerah Putera KPM-MSSM diberikan kepada Muhammad Hafizin Mansor selepas muncul penyumbang pingat emas Sukan SEA Kemboja yang lalu.

"Saya berasa bangga dengan penghargaan ini. Saya mahu menjadi kejayaan ini sebagai inspirasi akan datang," katanya.