Berita gembira buat media yang bertanding dalam Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100plus 2024 apabila barisan kepimpinan bersetuju untuk menaikkan jumlah hadiah bagi anugerah utama, Siebel, kepada RN10,000 berbanding RM7,000 sejak diperkenalkan pada 2016.
Anugerah Pengulas Sukan Popular yang sebelum ini dimenangi oleh hos Astro Arena, Suzana Basri, juga dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM1,500 tahun lalu.
"Pemenang utama secara keseluruhannya akan membawa pulang RM13,500.
"Ia akan menjadi hadiah paling tinggi untuk rakan-rakan media.
"Pengulas Sukan Popular kini setara kategori-kategori lain apabila dinaikkan kepada RM3,000," kata Presiden SAM, Ismadi Abdul Manap menjelang Anugerah SAM yang akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pada 17 Julai ini.