SUKAN-LAIN
Anugerah SAM: Ain Nabilah, Aleena Ahmad rangkul Atlet Terbaik
Tahun 2023 sememangnya menjadi detik terindah dalam karier Ain Nabilah dan Aleena Ahmad selepas muncul juara dunia dalam penyertaan sulung.
Skrip sama berlaku apabila gandingan itu diberikan penghormatan sebagai atlet terbaik dalam pencalonan pertama seperti atlet elit negara sebelum ini.
"Saya berpuas hati dan rasa bangga walaupun sukan kami minoriti tetapi dengan kejayaan kami, ia boleh membuka mata pihak media di luar sana yang sukan ini mampu menyumbang untuk sukan negara." kata Ain Nabilah.
Iklan
Jaguh dunia badminton para, Cheah Liek Hou, mempertahankan status sebagai atlet para terbaik dalam majlis Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) seiring dengan pencapaiannya sejak dua tahun lalu.
Liek Hou mengetepikan jaguh powerlifting dunia, Bonnie Bunyau Gustin serta berasakan anugerah itu mampu dijadikan sebagai pembakar semangat menuju Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 nanti.
"Anugerah ini membuatkan saya tidak berputus asa ataupun berada dalam zon selesa mahupun bersara. Ia menambahkan motivasi saya untuk membantu atlet muda memenangi anugerah dan dalam pertandingan nanti." kata Cheah Liek Hou.
Dalam pada itu, sensasi skuad sepak takraw negara di Piala Dunia ISTAF tempoh hari menjadi faktor utama badan induk sukan itu diberikan Anugerah Khas SAM sebagai tanda penghargaan menggembalikan kejuaraan dunia yang sekian lama dipegang musuh tradisi, Thailand.
"Terima kasih kepada rakan media, teruskan dengan hasil karya mereka kerana tanpa mereka mungkin tiada siapa yang akan mengenali saya." kata Farhan Adam.
Must-Watch Video