SUKAN LAIN

Anugerah Olahragawan/Olahragawati Wilayah Persekutuan jadi pembakar harungi cabaran tahun baru

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
29/11/2023
12:09 MYT
Sponsor Banner
Anugerah Olahragawan/Olahragawati Wilayah Persekutuan jadi pembakar harungi cabaran tahun baru
Atlet angkat berat negara, Erry Hidayat Hamidon, mengakui tidak menaruh harapan bagi 2022/2023 tetapi keadaan berubah sebaliknya.
Ini kerana dia pernah terlepas empat pencalonan sebelum ini, namun kapasiti selaku pemegang rekod kebangsaan baru menerusi angkatan yang dibuat dalam Sukan SEA Hanoi 2022 dengan catatan 316kg bagi kategori 73 kilogram menjadi penilaian terbaik untuk Erry menerima Anugerah Olahragawan Wilayah Persekutuan pada kali ini.
Lebih manis, ia merupakan anugerah kali pertama yang pernah diterima wakil daripada angkat berat.
"Saya bangga tercalon dan gembira dengan kemenangan ini.
"Susah untuk dapat dan tidak pasti bila lagi akan dinobatkan," katanya.
Dalam pada itu, gimnas negara, Ng Joe Ee, tidak menyangka pencapaiannya dalam Sukan Lomanwel 2022 mengatasi dua calon olimpian negara, Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee.
Menerusi satu pingat emas dan satu perak di Birmingham, Joe Ee terpilih sebagai Olahragawati Wilayah Persekutuan, malam tadi.
"Saya akan lebih berusaha keras untuk kejohanan akan datang.
"Saya akan menyasarkan tempat pertama dalam penyertaan kedua Sukan SEA selain menduduki kelompok lapan erbaik bagi Kejuaraan Asia," katanya pula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video