ANGKAT BERAT

Angkat Berat Dunia: Slot 10 terbaik jadi rebutan Aznil, Aniq

Shaiful Shamsudin 03/09/2023 | 12:01 MYT
Dua atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin dan Mohamad Aniq Kasdan, terpaksa bersaing sesama sendiri dalam kategori 61kg Kejohanan Dunia yang bermula esok.
Dengan 10 slot menjadi rebutan ke Sukan Olimpik 2024, hanya seorang wakil dari setiap negara bertanding dapat melayakkan diri ke temasya itu.
Menurut pengurus pasukan, Amirul Hamizan Ibrahim, saingan dijangka lebih sengit berikutan lebih ramai peserta yang bertanding dalam kategori 61kg memandangkan 55kg dan 67kg tidak dipertandingkan di Paris kelak.
Tiada sasaran pingat diletakkan bagi saingan Kejohanan Dunia kali ini, dengan tumpuan utama buat Aniq dan Aznil adalah meningkatkan ranking dunia.
"Ini kedudukan selamat untuk melayakkan diri.
"Bagaimanapun, kami cuba mendapatkan kedudukan yang terbaik jadi sekarang terserah kepada atlet sendiri kerana daripada segi latihan dan pemakanan semuanya sudah cukup.
"Kami bukan bersaing untuk mencuri kejuaran dunia sebaliknya fokus kepada diri sendiri untuk menaikkan ranking," kata Amirul Hamizan di Nadi Weekend sebentar tadi.
#Angkat berat #Aznil Bidin #Sukan Olimpik Paris #Aniq Kasdan
;