Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengharapkan status sukan angkat berat yang terkeluar daripada senarai sukan teras dikaji semula ekoran atlet negara mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam Sukan Komanwel Gold Coast.
Dua emas dan satu gangsa sudah pun mengatasi sasaran PABM, iaitu hanya satu emas dan satu gangsa.
Itu sudah memadai untuk dijadikan ukuran bahawa sukan ini perlu kembali diberikan perhatian oleh Majlis Sukan Negara (MSN) demi memasukkan semula sukan itu ke dalam senarai sukan teras bagi kebaikan jangka panjang.
"Kami akan merayu agar sukan ini kembali diletakkan sebagai sukan teras. Kami juga memohon kerjasama daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua majlis-majlis sukan negeri," kata Exco Pembangunan PABM, Ahmad Januis Abdullah.
Menurutnya, sekiranya sukan angkat berat kembali mendapat tempat di dalam sukan teras, gambaran untuk satu lagi aksi penting tahun ini, Sukan Asia di Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September depan, akan lebih jelas.
Tambahan pula, tahap Sukan Asia lebih berkualiti berbanding Sukan Komanwel kerana majoriti juara Sukan Olimpik adalah dalam kalangan atlet Asia.
"Kami merayu dan memberi galakan yang tinggi buat atlet-atlet untuk membuktikan keupayaan bagi membuka mata pihak-pihak berkenaan supaya sukan ini dipandang lebih relevan.
"Ia masih mampu menyumbang sesuatu kepada industri sukan tanah air di peringkat antarabangsa," katanya.
Sukan angkat berat terpinggir daripada sukan teras berikutan prestasi kurang cemerlang dalam Sukan SEA Kuala Lumpur selain skandal dalaman melibatkan atlet dan pengurusan PABM.