ANGKAT BERAT
Angkat Berat: Aznil Bidin sasar kelompok lima terbaik dunia menjelang Paris 2024
Atlet angkat berat B-61 kilogram negara, Aznil Bidin, menyasarkan kedudukan lima terbaik dunia dalam Kejohanan Angkat Berat Grand Prix Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) di Doha, Qatar bulan depan.
Berbaki tiga kejohanan penentuan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris, namun Aznil tampak lebih berminat untuk membuat pecutan awal.
Aznil bakal meletakkan sasaran 298 kilogram di Doha, yang turut melibatkan catatan peserta Filipina, Ceniza John Fabuar, yang ketika ini merupakan antara lima terbaik dunia.
Iklan
Aznil tegaskan bawah dia mahu terus konsisten dalam dua siri kelayakan, iaitu Kejohanan Asia Uzbekistan pada Februari depan dan Kejohanan Dunia di phuket, Thailand pada April depan.
"Kalau di Qatar dapat ranking kelima, saya hanya perlu fokus kepada Kejohanan Dunia di Phuket untuk memastikan status saya sebab itu adalah kelayakan terakhir dan di situ kita akan tahu siapa yang layak (ke Sukan Olimpik).
"Tertekan juga, tapi ia berikan semangat juga untuk berlatih, sebab ada target.
"Ranking kelima dari Filipina (Ceniza), 297 kilogram (rekod angkatan)
"Dalam latihan, saya dah lakukan 302 kilogram, jadi tinggal beraksi di Qatar jelah," katanya
Aznil ketika ini menghuni kedudukan ke-11 terbaik dunia dengan perbezaan hanya satu kilogram berbanding Aniq Kasdan di kedudukan 10 terbaik dunia.
Dalam pada itu, bagi memenuhi syarat melayakkan diri ke Sukan Olimpik, Aniq Kasdan tidak sesekali berasa selesa, malah yakin mampu mencatatkan angkatan 300 kilogram di Doha, sekali gus menepati sasaran ditetapkan oleh Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM).
"Kadang-kadang saya terfikir juga, sebab nombor 10 bila-bila boleh jatuh 11 atau 12, jadi nak tak nak saya kena naikkan lagi jumlah angkatan saya ke lebih kurang 295 kilogram ataupun lebih baik daripada jumlah (angkatan) sebelum ini
"Sekarang ni (angkatan) 292 kilogram, saya baru naikkan sekilo sahaja, tapi Insha-Allah kat kejohanan, saya akan cuba buat lagi yang terbaik.
Must-Watch Video