Setelah lebih setahun tersisih, pemain skuasy negara, Andrea Lee, sudah bersedia untuk kembali mengejar gemilang di pentas tertinggi.
Kehadiran semula Andrea memberikan pilihan tambahan dalam mengisi kekosongan yang ditinggalkan legenda skuasy negara, Datuk Nicol David, sebaik tamat Kejohanan Terbuka British, baru lalu.
Ketiadaan Nicol jelas dirasai dan terbukti apabila tiada pemain negara lain yang berjaya melepasi pusingan pertama kejohanan itu.
Namun, Andrea, 21, percaya dia berada di landasan tepat untuk mencipta semula kebangkitan.
"Saya banyak melakukan latihan kecergasan untuk mendapatkan kembali tahap terbaik.
"Saya mungkin memerlukan perlawanan dan latihan penuh terlebih dahulu sebelum memikirkan perkara-perkara lain," katanya.
Andrea akur laluan sukar menantinya setelah tidak beraksi secara kompetitif sejak sekian lama.
Dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Andrea meraih pingat emas bagi acara beregu wanita.
"Ia sudah hampir setahun sejak saya mengalami kecederaan.
"Saya berusaha keras dalam sesi pemulihan untuk kembali ke tahap asal.
"Saya tidak mahu terlalu terburu-buru kerana gusar kecederaan itu akan berulang," tambahnya.