Skip to main content

Sukan Lain

Andre Anura rasa kehilangan selepas Hakimi umum bersara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andre-anura-anuar.jpg
Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar, mengakui rasa kehilangan selepas Hakimi Ismail mengumumkan persaraannya semalam.

Hakimi, yang merupakan pemenang pingat emas dalam tiga edisi Sukan SEA sejak 2015, merupakan satu-satunya rakan sepelatih Andre Anura dalam skuad senior kebangsaan.

Bagaimanapun, Andre Anura, yang memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 tahun lalu, bertekad untuk memecahkan rekod kebangsaan 16.77 meter yang dilakukan bekas rakan sepasukannya itu dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 2017.

"Dia sudahpun mengumumkan persaraannya semalam, jadi selepas ini mungkin akan susah juga.

"Kerana sebelum ini kami saling bantu-membantu sewaktu latihan tetapi kini saya seorang sahaja dan tiada orang untuk memberikan bimbingan dan rakan sepelatih," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Mengulas mengenai persediaannya menjelang Sukan SEA Kemboja 2023 bermula Mei depan, Andre Anura menambah: "Saya akan mencuba untuk mempertahankan pingat emas yang saya menangi tahun lalu, sekali gus akan mencuba juga untuk memecahkan rekod Abang Kimi."

 

Advertisement

Must Watch Video