Skip to main content

Sukan Lain

Andre Anuar bergelut capai lompatan terbaik menuju Sukan SEA Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andre.jpg
Jaguh lompat kijang Asia Tenggara, Andre Anura Anuar, diambang kehilangan penguasaan di rantau ini susulan kegagalan untuk melepasi had kelayakan Sukan SEA Thailand dengan temasya dwi tahunan itu bakal membuka tirai hujung tahun ini.

Tempoh lima bulan memasuki kempen 2025, Andre masih bergelut untuk mencapai lompatan terbaiknya sehingga dia berada diambang  tidak akan melakukan penampilan di Sukan SEA nanti.

Untuk rekod, Andre merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA menerusi acara lompat kijang dalam dua edisi terdahulu di Vietnam dan Kemboja.

Namun, berdasarkan prestasi semasa ketika Andre meraih pingat perak Cahya Mata Sarawak Siri pertama di Stadium Merdeka hujung minggu lalu dengan Andre sekadar merekodkan lompatan sejauh 15. 62m. 

Andre tidak mempunyai pilihan selain melepasi had kelayakan Sukan SEA di dua kejohanan akan dating iaitu yang pertama di Terbuka Hong Kong serta Kejohanan Asia (ATF) di Korea Selatan.

"Saya tahun saya boleh buat lompatan 16m tetapi kejohanan terbaru ini jadual agak padat kerana selepas lompat jauh dan keesokannya lompat kijang.

"Mungkin saya tidak sempat pulih sepenuhnya, saya harap di Hong Kong nanti saya dapat perbaiki catatan masa. Jadi harapan saya adalah 16m.

"Banyak factor yang sebabkan saya hilang ritma kerana sebelum ini saya banyak alami kecederaan, jadi sukarkan saya untuk beri aksi terbaik." katanya.





 

Advertisement

Must Watch Video