Saingan Hoki Piala Asia 2025 di India yang bermula 27 Ogos depan merupakan kejohanan kompetitif pertama skuad kendalian Sarjit Singh yang bakal dinilai sewajarnya selepas mengemudi kem negara sejak Mac tahun lalu.
Selain pencapaian membanggakan dalam kempen Piala Asia, petunjuk prestasi utama Sarjit adalah meraih pingat emas di Sukan Asia Nagoya 2026 di Jepun.
Namun, sejarah dan pencapaian kem negara di saingan itu tidak pernah menyebelahi The Speedy tigers, skuad negara paling hampir menjulang kejuaraan Piala Asia ketika muncul naib juara edisi 2017 serta 2022.
Lapan pasukan yang beraksi di Piala Asia edisi ke-12 kali ini diketuai tuan rumah iaitu India, Malaysia, Korea Selatan, Jepun, Pakistan, China, tatkala Oman dan Taiwan layak selepas mengungguli pusingan kelayakan di Indonesia pada April lalu.
"Saya rasa kumpulan kami saya lihat Malaysia, Korea Selatan dan China. Satu lagi adalah Pakistan, India dan Jepun. Satu lagi saya tidak pasti.
"Dua terbaik akan ke separuh akhir, dan kemudian final. Semestinya pasukan India di tahap berbeza.
"Saya rasa jika mereka beraksi mengikut perancangan dan yakin pada diri sendiri, selepas mereka ada keyakinan dan beraksi sebagai satu pasukan maka saya tidak akan nampak punca kenapa mereka tidak dapat lakukan dengan baik," katanya.
Sementara itu, Sarjit juga menyanjung tinggi pertahanan muda meningkat naik negara, Amirul Hamizan Azahar, yang memainkan peranan selaku pelari utama ketika pukulan sudut penalti bertahan.
Sarjit secara terbuka menjadikan kualiti dan permainan terpuji Amirul sebagai penanda aras buat pemain muda yang sedang merebut tempat dalam skuad negara ke Piala Asia nanti.
"Dia sangat berani, kami perlu pemain seperti dia untuk jadi pelari utama." ujarnya.