Skip to main content

Sukan Lain

Amir Izwan bakal teruskan program Robert Ballard menuju Sukan SEA Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jona_1.jpg
Atlet pecut yang berada dibawah naungan bekas Pengarah Teknikal, Robert Ballard, bakal berlatih bersama jurulatih 400 meter negara, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah, dengan masih berbaki empat bulan lagi sebelum ke temasya Sukan SEA Thailand.

Perkara itu susulan keputusan Olahraga Malaysia (MA) untuk tidak melanjutkan kontrak Robert yang akan berakhir hujung Julai sebagai pengarah teknikal.

Begitupun, Amir berkongsikan dia hanya meneruskan program yang sudah direncanakan Ballard selain cuba membantu apa yang boleh buat barisan pelari pecut negara.

"Selepas penamatkan kontrak Ballard ada dua atlet Bersama saya iaitu Jonathan Nyepa dan Zulfiqar Ismail setakat ini, saya meneruskan apa yang Ballard dah laksanakan programnya.

"Bukan perubahan mendadak, jadi bagi meneruskan saya da program saya juga. Yang ditinggalkan baik buat atlet saya akan teruskan sambal menyulam dengan ilmu yang saya ada buat atlet negara." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video