Juara Terbuka Olahraga Filipina 2023, Eizlan Dahalan, mengutamakan keperluan keluarga, untuk kekal di Sabah bagi menjalani latihan sendiri tanpa kehadiran jurulatihnya.

Keputusan Eizlan, dibuat berdasarkan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan abang yang menjadi tempat kebergantungan adik-adiknya.

Ianya lebih manis apabila keputusan tersebut terut membuka ruang untuknya menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga selepas dua tahun gagal berbuat demikian.

"Sebelum ini saya tidak beraya selama dua tahun bersama keluarga saya kerana sedang bertanding dalam kejohanan Sukan SEA di Vietnam dan Kemboja.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk terus berlatih di kampung halaman saya di Likas, Sabah, kerana lebih dekat bersamam keluarga", kata Eizlan Dahalan.

Eizlan turut membuat keputusan untuk tidak menyertai Terbuka Johor, yang akan berlangsung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri atas beberapa kekangan.