Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Alvarez mudah tumbangkan Yildirim

saulcaneloalvarez.jpg
Saul 'Canelo' Alvarez mendominasi Avni Yildirim dan berjaya mempertahankan gelaran super-middleweight menerusi TKO selepas tiga pusingan.

Canelo mempertaruhkan gelaran WBC dan WBA di Miami, di mana bintang Mexico itu hanya bertarung buat kali kedua sejak November 2019 ekoran pandemik coronavirus.

Petinju berusia 30 tahun itu belum lagi sempat berpeluh semalam -- barisan Yildirim meminta perlawanan ditamatkan sebelum bermula pusingan keempat selepas siri tumbukan yang diterima pencabar dari Turki itu dalam pusingan ketiga.

Canelo memperbaiki rekodnya kepada 55-1-2 selepas dia menunggu peluang untuk bertemu penyandang juara WBO, Billy Joe Saunders 8 Mei ini.

Advertisement

Must Watch Video