Allianz Malaysia meneruskan tradisi meraikan penganjuran tahun ke-11 kejohanan golf bersama media, dengan penglibatan peserta melebihi daripada jangkaan.
Sambutan luar biasa daripada pengamal media menjadi cerminan jalinan kerjasama yang erat antara Allianz dan pihak media di Malaysia semakin kukuh.
Bertempat di Saujana Golf and Country Club, Shah Alam acara tahunan yang dinanti-nantikan itu berlangsung dengan jayanya di samping mengeratkan hubungan dua hala.
Seramai 66 peserta mengambil bahagian, terdiri daripada pengamal media serta pengurusan kanan dan kakitangan Allianz Malaysia.
"Ini adalah inisiatif untuk membina hubungan lebih baik dengan rakan-rakan media.
"Setiap badan korporat harus menghargai media dan bagi pihak kami di Allianz sangat berterima kasih kepada mereka.
"Kami akan teruskan sokongan kepada sukan di Malaysia khususnya golf dan badminton kerana ia sangat dekat kepada peminat Malaysia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
Juara keseluruhan edisi 2025 jatuh kepada Bayu Adhi Cahyono daripada Al-Jazeera yang membawa pulang hadiah utama satu set penuh kayu golf.
Lebih menarik, bekas tonggak Harimau Malaya, Razman Roslan dan Farizal Marlias, merupakan taruhan terbaru wakil Astro Arena.
"Kerjasama badan korporat dan agensi media perlu diteruskan dalam setiap aktiviti sukan mahupun rekreasi yang lain," kata Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Norismadi Abd Manap.

Allianz Malaysia meneruskan tradisi menganjurkan kejohanan tahunan Allianz Golf with Media 2025 yang juga merupakan edisi ke-11.
— karlnunis (@_karlnunis) September 2, 2025
Seramai 66 peserta terdiri daripada pengamal media tempatan serta pengurusan Allianz menjayakan upacara tahunan ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/NubkzE5PyG