Pemanah recurve wanita negara, Nur Aliya Ghappar dan Loke Shin Hui, tetap menjalani latihan di Bukit Jalil walaupun tidak ditawarkan kontrak baru musim 2020 kerana mempunyai tugasan terakhir.
Saingan Sukan Universiti Asia (AUG) akan berlangsung di Thailand, Disember depan dan walaupun tidak ditawarkan kontrak baru, pemanah negara tetap komited membuat persiapan sebelum meninggalkan Bukit Jalil, 31 Mac ini.
"Sementara menunggu tarikh akhir tamat kontrak, saya akan terus berlatih. Mungkin selepas itu, saya akan berlatih di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menjalani persiapan ke kelayakan AUG," kata Aliya.
"Kami sudah di sini sekitar lapan tahun. Apabila menerima berita itu, agak sedih. Setakat ini, fokus terarah kepada AUG," tambah Shin Hui.
Seorang lagi pemanah yang tidak ditawarkan kontrak baru ialah Nur Afisa Abd Hamid.
Mereka didakwa gagal mencapai sasaran ditetapkan terutama selepas pulang dengan tangan kosong ketika Sukan SEA Filipina, tahun lalu.