Sukma Sarawak tinggal 67 hari sahaja lagi!

Antara atlet kelahiran Sarawak yang telah mencipta nama dan membanggakan Malaysia ialah Alice Chang Li Sian.

Alice merupakan seorang atlet ping pong negara dan kini berada di kedudukan nombor 174 ranking dunia.

Atlet muda itu mencipta sensasi buat pertama kalinya selepas meraih pingat gangsa di Kejohanan Ping Pong SEA di Indonesia pada tahun 2016.

Tahun 2022 menjadi tahun kegemilangan buat atlet berusia 24 tahun itu selepas meraih pingat perak di Sukan Komanwel Birmingham dan turut merangkul pingat gangsa di Sukan SEA Vietnam.

Di Sukan SEA Kemboja 2023, Alice mencipta kejayaan berganda dengan meraih pingat perak dalam acara perseorangan dan pingat gangsa dalam acara beregu, bergandingan dengan Im Li Ying.

Alice akan terus menjadi inspirasi kepada ramai dengan semangat juangnya yang tinggi dan pencapaian yang membanggakan, membawa harapan besar untuk masa hadapan sukan ping pong negara.