Skip to main content

Tenis

Alexandra Eala cipta sensasi di hadapan penyokong Terbuka USA!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-08-25-111401.png
Alexandra Eala berjaya mencipta sejarah di hadapan penonton Terbuka Amerika Syarikat selepas berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan Grand Slam buat pertama kali di dalam kariernya.

Dalam pada itu, pemain muda berumur 20 tahun ini juga berjaya mencatat rekod selaku pemain Filipina pertama untuk perlawanan utama Grand Slam di 'Open Era' selepas mengejutkan pemain pilihan ke-14 kejohanan, Clara Tausan dalam aksi penentuan yang cukup sengit. 

Untuk rekod, Eala tidak pernah memenangi perlawanan perseorangan wanita di kejohanan Grand Slam sebelum ini selepas baru-baru ini ditewaskan di Terbuka Perancis pada bulan Mei dan Kejohanan Wimbledon pada Jun.

 



Pemain kelahiran Filipina ini juga telah mempamerkan prestasi yang memukau pada bulan Mac selepas menewaskan tiga bekas juara Grand Slam berturut-turut sebelum mara ke pusingan separuh akhir di Terbuka Miami.

"Saya sentiasa bersedia untuk mencipta lebih banyak sejarah dan kemenangan ini merupakan batu lonjakkan buat saya." - katanya
Milo

Bersama Mencipta Juara Baru

Milo jadi sebahagian perjalanan atlet muda, dari latihan harian hingga ke pentas besar.


Power Up Dengan Milo

Advertisement

Must Watch Video