Carlos Alcaraz meletakkan sasaran untuk menduduki tangga teratas kedudukan ranking Persatuan Tenis Profesional (ATP) sebaik menjadi pemain termuda menembusi kelompok lima teratas dalam sejarah sejak kali terakhir dilakukan Rafael Nadal.
Pemain Sepanyol itu tewas kepada Lorenzo Musetti dalam final Terbuka Eropah Hamburg hujung minggu lalu tetapi kedudukan rankingnya melonjak tinggi untuk kini bergelar pemain nombor lima dunia.
Ia bermakna, pemain berusia 19 tahun itu menjadi pemain kedua termuda sepanjang abad ini berada dalam kelompok lima teratas di belakang Nadal dan melakukannya lebih pantas beberapa bulan berbanding Novak Djokovic.
"Ia amat bermakna. Segala usaha keras yang saya lakukan setiap hari untuk mecapai impian saya menjadi pemain nombor satu dan sedikit demi sedikit, saya semakin hampir dengan impian itu.
"Bagi saya, berada dalam kelompk lima teratas merupakan sesuatu yang agak luar biasa dan saya akan meneruskannya untuk menjadi pemain nombor satu," katanya.

He luchado y he creído, pero no ha podido ser! ? Enhorabuena @Lorenzo1Musetti por tu primer ?! Gracias Hamburgo por el apoyo! ? @hamburgopen
— Carlos Alcaraz (@carlosalcaraz) July 24, 2022
? Alexander Scheuber pic.twitter.com/hKu9cZswsh