Bintang tersohor sukan tenis dunia, Carloz Alcaraz bakal bergandingan dengan bekas juara dunia Formula 1, Fernando Alonso bagi acara beregu sukan itu.
Walaupun tidak menamakan kejohanan mana yang bakal beliau sertai, juara kejohanan Roland Garros itu yang juga merupakan peminat fanatik F1 mengakui bahawa dia sudah lama memasang impian untuk bergandingan dengan jaguh sukan tersebut dalam sukan tenis.
Bagaimanapun ketika ditanya oleh media siapakah yang beliau paling mahu untuk digandingkan bagi acara beregu, Alcaraz segera menjawab bahawa dia mahukan Fernando Alonso.
"Dia tahu bagaimanapun mahu bermain tenis dengan baik dan saya rasa beliau boleh menjadi gandingan yang tepat buat saya.
"Saya sangat gilakan sukan Formula 1 kerana disebalik keputusan yang dicatatkan ada tenaga pasukan yang bekerja keras. Pemandu perlu mematuhi segala arahan tetapi dalam tenis anda perlu membuat keputusan sendiri dalam segala hal." Jelas Alcaraz.
Alonso merupakan juara dunia Formula 1 sebanyak dua kali iaitu pada 2005 dan 2006 ketika masih bersama dengan pasukan Renault.