Pelumba negara, Md Akid Aziz, berpotensi untuk membolot dua kejayaan sebagai pendahulu dalam saingan Petronas MAM Malaysia Cub Prix 2024 yang masih berbaki dua pusingan lagi serta Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) yang akan melabuhkan tirainya di Litar Antarabangsa Chang, Thailand, pada 6 hingga 8 Disember ini.
Bagaimanapun, pendahulu CP150 (Cub Prix) dan Underbone 150 (ARRC) itu tetap bersikap merendah diri dengan menyatakan semua pelumba memiliki peluang seimbang menjelang pusingan seterusnya nanti.
"Jika persiapan saya sentiasa bersedia memandangkan saya mempunyai cuti selama sebulan jadi jangan sia-siakan peluang yang ada untuk bersedia menjelang perlumbaan akan datang nanti.
"Untuk ARRC agak sukar kerana kami berlumba dalam kelompok yang besar, untuk menang memang 50-50 memandangkan saya berlumba dalam kelompok yang banyak, serta berisiko." kata Md Akid Aziz kepada wartawana Astro Arena, Faizal Bazari.
Untuk rekod, Akid kini telah mengumpul 175 mata selepas pusingan kelapan perlumbaan Cub Prix serta 115 mata dalam pusingan kelima ARRC secara keseluruhannya untuk kekal dalam carta pendahulu.
Saufi Tahir
Fri Oct 18 2024