HOKI

Akhir Siri Hoki FIH: Tidak perlu sorok lagi kekuatan pukulan sudut penalti

Penulis Jemputan 03/05/2019 | 05:10 MYT
Malaysia akan mengeluarkan segala gerakan pukulan sudut penalti ketika menentang Austria dalam aksi separuh akhir Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019, malam ini, dengan tumpuan terarah kepada pakar utama, Muhammad Razie Abd Rahim.
"Kami sudah mengkaji cara Austria bertahan dalam pukulan sudut penalti.
"Kami akan buat yang terbaik.
"Saya dan Faizal Saari akan mengambil tanggungjawab tersebut dan kami akan cuba buat yang terbaik," katanya.
Ketika membenam Wales 2-1 dalam aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, kelmarin, tiga pukulan sudut penalti dan dua gerakan 'situasi bola mati' tidak membuahkan hasil buat Malaysia.
Namun, Razie belum mahu panik dengan situasi tersebut sambil memasang hajat untuk melancarkan gerakan berbeza.
"Kami akan mengeluarkan segala teknik pukulan sudut penalti kerana tidak perlu menyimpannya lagi untuk aksi akan datang.
"Kami akan keluarkan apa sahaja kemampuan yang ada," tambahnya.
;