Ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Roelant Oltmans, menganggap kritikan peminat kunci kebangkitan Malaysia ketika menewaskan Wales 2-1 untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH hasil corak permainan agresif di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Pemain negara menyerap tekanan dengan mempamerkan aksi bertenaga di depan 2,000 penonton.
Malaysia yang dikritik hebat selepas tewas di tangan Itali dalam saingan Kumpulan B, melancarkan serangan bertali-arus sejak minit pertama.
Penguasaan tuan rumah jelas hingga suku ketiga yang menyaksikan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil meledak gol pembukaan pada minit ke-27 sebelum Faizal Saari melebarkan kedudukan pada minit ke-39.
Wales cuba bangkit menerusi jaringan penyerang, Luke Hawker, pada minit ke-56, namun ia sudah terlewat untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.
Kemenangan itu meningkatkan keyakinan Malaysia untuk mencapai sasaran muncul juara kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini.
"Saya sudah katakan, anda hanya boleh mengasak andai menonjolkan permainan menyerang yang baik dan kami sepatutnya menyumbat lebih banyak gol lagi bagi memudahkan tugas kami.
"Bagaimanapun, itu kalau anda mencipta banyak peluang. Seandainya pertahanan kami terancam, sudah tentu kami perlu berbuat sesuatu dan apa yang kami lakukan malam ini (tadi) adalah dengan menerapkan kesabaran dalam permainan dan itulah yang diperlukan," katanya.
Jurulatih Wales, Zak Jones, mengakui Malaysia tampil lebih baik meskipun kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang.
"Ia satu perlawanan yang baik dan menarik.
"Kami berikan saingan dan secara jujurnya, kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menang tetapi pujian buat Malaysia, mereka berikan usaha yang secukupnya," katanya.
Aksi bertenaga The Malaysian Hockey Tigers itu meningkatkan keyakinan peminat bahawa tuan rumah mampu menumbangkan Austria dalam aksi separuh akhir, esok.
Pasukan di ranking ke-19 dunia itu mengejutkan pasukan pilihan, Kanada, di peringkat kumpulan, namun peminat yakin Malaysia memiliki peluang lebih baik.
"Gaya permainan Malaysia malam ini (tadi) berubah berbanding ketika menentang China dan Itali.
"Saya harap momentum persembahan ini dapat diteruskan apabila bertemu Austria," kata seorang peminat yang ditemui di Bukit Jalil, malam tadi.
Seorang lagi penyokong hoki negara menganggap Malaysia perlu bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan sebelum aksi seterusnya.
"Ini mungkin titik tolak kepada pasukan kebangsaan untuk mengenal pasti kesilapan sebelum ini dan menampung kelemahan itu dalam aksi separuh akhir," ujarnya.