Skip to main content

Hoki

Akhir Siri Hoki FIH: Akhimullah ketepi soal demam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akhimullah-hoki.jpg
Masalah kesihatan tidak menghalang Mohd Akhimullah Anuar Esook untuk turun berdepan Wales dalam aksi suku akhir Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 di Stadium Hoki Nasional, Bukit, Jalil, malam ini, apatah lagi dia muncul satu-satunya penyerang negara yang masih kemarau gol.

Akhimullah, yang dipanggil pada saat akhir bagi menggantikan tempat Shahril Saabah, dilanda demam dan selesema.

Bagaimanapun, penyerang kelahiran Terengganu tersebut tetap komited dalam sesi latihan terakhir negara semalam untuk menghadapi tugas getir menewaskan Wales.

Penggempur berusia 19 tahun itu juga ingin membuktikan bahawa pemilihannya dalam skuad kebangsaan adalah satu keputusan tepat.

"Ini bukan halangan buat saya untuk memberikan aksi terbaik ketika bertemu Wales. 

"Saya belum berpuas hati kerana belum tampilkan tahap permainan sebenar dan saya akan cuba memberikan aksi yang lebih baik selepas ini," katanya. 

Sesi latihan di Bukit Jalil semalam berlangsung dalam suasana ceria dan ia membuktikan pemain negara sudah pun melupakan kekalahan memalukan di tangan Itali, kelmarin. 

Rekod pertemuan berpihak Malaysia, namun tuan rumah patut belajar daripada apa yang berlaku sepanjang kejohanan ini.

"Pemain cuba mengetepikan perasaan buruk. 

"Anda boleh lihat pemain sudah kembali tersenyum," kata jurulatih negara, Roelant Oltmans. 


 

Advertisement

Must Watch Video