Skip to main content

Hoki

Akhir Siri Hoki FIH: ADAMAS jalankan ujian doping

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adamas-hoki-fih.jpg
Agensi Anti-doping Malaysia (ADAMAS) dengan kerjasama Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menguji 12 sampel air kencing dalam Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH bagi memastikan tiada pemain mengambil bahan terlarang dalam laluan memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Kerjasama ini melibatkan semua atlet yang terlibat dalam kejohanan ini.

"Selepas mereka menjawab kuiz yang diberikan, hasil kajian itu akan dinilai oleh FIH," kata pegawai ADAMAS, Nur Syuhada Zofiran Jamil.

Pemain tengah skuad hoki Brazil, Patrick Van Der Heijden, pula menambah: "Ia amat bagus kerana kesedaran doping amat penting dan kita tidak boleh menggunakannya.

"Jadi, kita perlu mempromosikannya agar ia tidak lagi digunakan."

Advertisement

Must Watch Video