'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu', peribahasa itu sesuai diguna merujuk kepada penyerang negara, Akhimullah Anuar Esook.
Akhimullah muncul penjaring terbanyak Kejohanan Hoki Piala Asia 2025 dengan meledak 12 gol.
Meskipun kelincahan dan kualiti penyudah Akhimullah masih belum mampu membawa The Speedy Tigers mara ke final, setidak-tidaknya penyerang hoki fives itu kembali menemui sentuhan berbisanya.
Akhimullah memikul tanggungjawab besar di Piala Asia susulan kecederaan lutut meniscus yang melanda penyerang utama Azrai Aizad Abu Kamal, ketika aksi persahabatan bertemu China dua hari sebelum kejohanan bermula.
Di sebalik aksi terpuji penyerang yang mesra disapa 'Black', dia sedang melalui fasa baharu dalam hidupnya apabila mendirikan rumah tangga bersama pasangan hidupnya.
Jadi tidak hairanlah, Akhimullah mempersembahkan kematangan ketika beraksi bersama The Speedy Tigers.
"Kejayaan muncul penjaring terbanyak merupakan hasil usaha satu pasukan. Kami mahu memastikan momentum ini digunakan sebagai mungkin sebagai persiapan menghadapi Piala Sultan Azlan Shah nanti," katanya.