Skip to main content

Permotoran

Air mata kejuaraan Hamilton hadir di GP Britain selepas sekian lama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lewis-hamilton-mercedes-amg-3r.jpg
Selepas ketandusan kejuaraan sekian lama Lewis Hamilton akhirnya menitiskan air mata kegembiraan selepas berjaya menakluki pusingan perlumbaan GP Britain yang berlangsung penuh dramatik awal pagi tadi.

Ia merupakan kemenanganya yang ke-104 sepanjang kariernya selain muncul juara buat kali kesembilan di bumi kelahiranya itu.

Bagaimanapun kemenangan Hamilton itu tidak hadir dengan begitu mudah sebaliknya mempertontonkan penguasaan pemandu Mclaren, Lando Norris yang mengetuai saingan sebaik perlumbaan bermula.

Litar Silverstone pula nyata tidak menunjukkan tanda kompromi apabila memaksa hampir kesemua pelumba menukar jenis tayar yang digunakan sebanyak tiga kali.

Bermula dengan menggunakan tayar 'Medium' di awal perlumbaan, hujan renyai selepas itu memaksa kesemua pelumba kembali ke pit pada pusingan ke-28 untuk menggantikan tayar mereka kepada 'Intermediate' agak kelajuan jentera masing-masing mampu ditingkatkan.

Bagaimanapun permukaan litar yang kembali panas dan kering kemudianya menyaksikan semua pemandu sekali lagi masuk semula ke hentian pit untuk mengenakan tayar jenis lembut agar pecutan maksimum mampu dilakukan.

Norris yang agak lewat melakukan pertukaran tersebut pada pusingan ke-39 memberikan sedikit kelebihan buat Hamilton yang lebih awal membuat pertukaran tayar untuk memintas kedudukan pendahulu.

Hamilton berjaya mengekalkan jarak kedudukan tersebut sehingga ke garisan penamat di hadapan Max Verstappen diikuti oleh Norris yang hanya menamatkan saingan di tempat ketiga.

Kemenangan ini juga merupakan podium yang ke-150 buat pasukan Mercedes dikala Hamilton gagal memenangi sebarang kejuaraan perlumbaan sejak GP Arab Saudi pada 2021.



Detik kemenangan tersebut cukup mengundang emosi yang mendalam buatnya sehingga menitiskan air mata buat pelumba yang bakal mencecah usia 40 tahun pada Januari tahun depan.

 

Advertisement

Must Watch Video