Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Aiman Cahyadi, melakukan kayuhan cemerlang dalam aksi perlumbaan peringkat keempat Siri Jelajah Jepun 2025 apabila dia berjaya menamatkan saingan di tempat kedua yang baru sahaja berakhir pagi tadi.
Peringkat perlumbaan keempat sejauh 120.9 kilometer (km) itu berlangsung di Shinshu Lida dengan menyaksikan pelumba tuan rumah, Udagawa Rui, berjaya melakukan henjutan terpantas di garisan penamat untuk muncul selaku juara peringkat tersebut.
Ia disusuli dengan Aiman daripada pasukan TSG dan pelumba Jerman, Knollle Jon, di tempat kedua dan ketiga.
Ketiga-tiga mereka menghabiskan perlumbaan begitu rapat dengan merekodkan catatan masa 3 jam 9 minit dan 35 saat.
Kesemua pelumba selepas ini akan meneruskan saingan perlumbaan peringkat kelima sejauh 66.6km yang lebih mencabar iaitu zon pendakian di kawasan Gunung Fuji.