Pasukan Akademi Hoki Pahang (AHP-MSP Thunderbolt) berhajat untuk terus mencipta satu lagi sejarah selepas mara ke pentas final Piala Remaja TNB untuk bertemu SSTMI Thunderbolt di Stadium Tun Razak esok.
Ini merupakan kali pertama pasukan AHP-MSP Thunderbolt melangkah ke final sejak ditubuhkan pada tahun 2014.
Di peringkat separuh akhir, mereka menyingkirkan pasukan Anderson Thunderbolt dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam masa sebenar.
Peningkatan drastik AHP-MSP Pahang pada musim 2017 adalah hasil bimbingan dua bekas tonggak negara, Mohd Sufian Muhammad dan Mazli Ikmar.
"Permulaan awal liga, permainan kami tidak berapa baik tetapi mereka mula bangkit di pertengahan liga. Tahun ini, saya memberitahu pemain bahawa sasaran kami adalah untuk ke final, jadi Alhamdulilah sasaran itu mampu dicapai," kata Sufian.
Pasukan yang berpangkalan di Temerloh, Pahang ini juga mengharapkan sentuhan dua ayam tambatan, Muhammad Idris Samad dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi, untuk menggempur gawang SSTMI.
"Kekuatan kami adalah semangat berpasukan. Kami ada pemain yang bagus dalam pukulan sudut penalti. Saya nampak pemain sudah bersedia untuk menghadapi aksi final," tambahnya.