Skip to main content

Sukan Lain

Ahmady, Christina olahragawan, olahragawati UMS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ums.jpg
Ahmady Radi dan Christina Ideris dinobat sebagai olahragawan dan olahragawati Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2017/2018 di Majlis Penghargaan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (MAHEPA) UMS ke-20.

Ahmady menerima anugerah berkenaan di atas pencapaiannya dalam sukan taekwondo, iaitu memenangi pingat emas acara poomsae campuran dalam Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018, memenangi pingat perak dalam kejohanan sama bagi acara poomsae individu, serta pingat gangsa acara poomsae individu dalam Kejohanan Taekwondo Dunia Terbuka Malaysia 2018.

Christina pula dipilih sebagai olahragawati kerana kecemerlangannya dalam tiga sukan berlainan, iaitu ragbi, karate dan silat.

Antara pencapaiannya termasuk memenangi pingat gangsa bersama skuad ragbi kebangsaan dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, meraih emas acara kumite karate dalam SUKIPT 2018 serta pingat gangsa acara silat, juga dalam SUKIPT tahun ini.

Dalam pada itu, gelaran olahragawan dan olahragawati harapan pula masing-masing diberikan kepada Tonga Jody Edmund (olahraga) dan Nur Ifa Husna Saiful (taekwondo).

Bagi anugerah pasukan terbaik pula, ia masing-masing diberikan kepada pasukan poomsae taekwondo lelaki dan wanita UMS.

Advertisement

Must Watch Video