Skip to main content

Sepak Takraw

Ahmad Ismail: Ada yang mahu jatuhkan saya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ahmadismail9119.jpg
Datuk Ahmad Ismail mendakwa ada usaha untuk menjatuhkannya sebagai presiden Persatuan Sepaktaraw Malaysia (PSM)  apabila sepak takraw digugurkan daripada sukan teras.

Ahmad kekal dengan pendiriannya bahawa pengguguran itu adalah satu kesilapan daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Lebih menarik, Ahmad mendakwa mempunyai bukti ada usaha yang mahu menjatuhkannya sebagai presiden PSM.

"Saya rasa itu adalah keputusan yang memang salah dan mungkin ia berunsurkan daripada konspirasi untuk menjatuhkan saya dalam PSM.

"Ia kerana saya tahu (kenal) pegawai-pegawai MSN yang rapat dengan orang yang lawan saya, yang duduk berbincang, menghantar masej. Saya berani buat kenyataan ini," kata Ahmad dalam sidang media, hari ini.

Meskipun kurang senang dengan keputusan itu, PSM sudah merangka persiapan buat skuad negara ke Sukan Asia di Jakarta dan Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September depan.

Persatuan itu menyenaraikan 31 pemain lelaki dan 18 wanita dalam senarai awal ke temasya sukan itu.

Sehubungan itu, pemain skuad lelaki akan dihantar ke kem komando untuk menjalani latihan menguatkan mental dan jati diri di Jugra, bermula bulan ini.

"Antara matlamat utama (latihan) di Jugra ini adalah untuk membina jati diri, daya saing kuat dan semangat kenegaraan yang tinggi.

"Kami lihat ada yang kurang kerana kami sedar kebanyakan pemain kita dalam lingkungan umur di antara 19 hingga 23 tahun," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video