SUKAN LAIN
AGM: Sukan terjun perlu perhatian akar umbi, Sukan SEA tidak memadai
Bekas penerjun negara, Farah Begum, mencadangkan agar sesiapa pun yang memegang jawatan dalam Persekutuan Renang Malaysia (MAS) mampu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap perkembangan akar umbi.
Pandangan yang disuarakan menjelang Mesyuarat Agung Tahunan MAS esok itu diharap mampu melonjakkan semula arena terjun negara.
Malah, individu yang memegang jawatan juga perlu mempunyai pengetahuan pengurusan kejurulatihan.
"Kalau seseorang itu kekalkan jawatannya, sila berikan lebih perhatian kepada peringkat akar umbi, secara dasarnya mengenai jurulatih tempatan dan kemudahan dengan lebih mendalam.
"Mereka kena selalu dihantar ke kejohanan luar, bukan sahaja Sukan SEA.
"Dengan pengalaman di peringkat antarabangsa yang lebih tinggi daripada Sukan SEA, prestasi penerjun kita akan lebih baik," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.