SUKAN LAIN

AGM MPM: Shapawi kekal cabar Megat D.Shahriman, Iqbal tarik diri timbalan presiden

Shaiful Shamsudin 12/12/2024 | 07:36 MYT
Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, kekal sebagai calon bagi jawatan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang kini disandang Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin.
Shapawi yang menerima pencalonan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persatuan Kanu Malaysia akan mencabar jawatan yang ingin dipertahankan Megat D.Shahriman sejak 2019 itu dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MPM yang akan berlangsung dua hari lagi.
Dalam masa sama, Iqbal Sulaiman menarik diri daripada bertanding kerusi timbalan presiden, secara tidak langsung menyaksikan persaingan di antara Senator (B) Datuk Dr Ras Adiba Radzi dan KM Rajendran untuk Pemilihan Sembilan Ahli Lembaga Eksekutif MPM Penggal 2024-2027 itu.
;