Mewakili Indonesia, penyanyi legenda Krisdayanti membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk mencapai kejayaan baharu apabila berjaya meraih pingat perak dalam Kejohanan Dunia Kungfu Ke-10 yang berlangsung di Emeishan, China.
KD bertanding dalam acara Women’s Single Weapon Routines, sekali gus mencatat pencapaian membanggakan di pentas antarabangsa.
Berita kejayaan itu dikongsikan sendiri oleh Krisdayanti menerusi akaun Instagram miliknya. Hantarannya mendapat perhatian ramai, termasuk artis tersohor Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang menitipkan ucapan tahniah penuh penghargaan di ruangan komen.
Dalam kejohanan tersebut, Krisdayanti mempersembahkan rutin senjata menggunakan kipas lipat, salah satu senjata klasik dalam seni bela diri wushu atau kungfu. Kejohanan anjuran Persekutuan Wushu Dunia (IWUF) ini merupakan edisi pertama diadakan selepas hampir dua dekad, dengan penganjuran terakhir kali pada tahun 2004.
Walaupun lebih dikenali sebagai penyanyi dan bekas Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, penglibatan KD dalam kejohanan ini bukanlah satu percubaan biasa. KD bersaing dalam kategori usia 40 hingga 59 tahun, memperlihatkan disiplin tinggi dan ketekunan luar biasa di sebalik pentas seni. Ada terfikir tak KD boleh ber-wushu selama ni?
Menariknya, perjalanan KD dalam dunia kungfu bermula hanya sebagai aktiviti santai mengisi masa lapang empat tahun lalu. Namun, minat yang mendalam mendorongnya berlatih secara serius sehingga layak mewakili Indonesia ke kejohanan dunia. Bagi ramai peminat, pencapaian ini bukan sekadar kemenangan tapi kejutan juga menyaksikan KD keluar dari zon selesa, tahu tahu menang pingat. Tahniah tante!
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang