OLAHRAGA
Afrina Batrisyia dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Puteri Sukan KPM-MSSM
Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Puteri Sukan KPM-MSSM di atas kejayaannya meraih pingat emas 4x100m di Kejohanan Olahraga Trek dan Padang Singapura serta pingat emas riben biru Terbuka Negeri Sembilan.
Anugerah Sukan KPM-MSSM ini sudah bermula dari tahun 1928 dan bertujuan untuk mengiktirafkan kecemerlangan dan pencapaian atlet- atlet muda negara yang berbakat. Selain itu, untuk memberikan penghargaan kepada guru dan jurulatih yang menyumbang kepada kejayaan mereka.
Pemenang aungerah sukan ini dipilih melalui beberapa tapisan dan penilaian antaranya badan-badan sukan yang besar seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia.
Menurut Timbalan Penagarah Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan, Encik Ithnin Mahadi, Afrina Batrisyia merupakan antara salah satu dari 197 calon dan telah dipilih kerana pencapaiannya di peringkat tertinggi semasa di Sukan Asia 2023.
Atlet berusia 20 tahun itu akui bahawa anugerah diterimanya itu adalah sangat bermakna dan bernilai buat dirinya dan juga merupakan pengiktirafan yang tertinggi dari KPM untuknya sebagai seorang atlet.
"Anugerah ini juga akan menjadi kenangan bermakna untuk saya kerana sudah menyumbang pingat kepada negara dan akan menjadi penguat semangat untuk saya ke kejohanan seterusnya," katanya di Nadi Arena.
Pada tahun ini tiada pemenang untuk Anugerah Emas KPM seperti yang dianugerahkan kepada atlet pecut negara, Azeem Fahmi tahun lalu.
Menurut Ithnin, calon yang dinobatkan perlulah seimbang dari segi akademik dan juga kokurikulum kerana atlet tersebut akan menjadi ikon atau idola buat atlet muda di luar sana.
"Tiada calon yang layak pada tahun ini kerana ini anugerah yang tinggi jadi atlet tersebut perlulah seimbang akademik, kokurikulum dan mempunyai disiplin yang bagus," katanya.
Atlet acara 100m yang menduduki tangga kedua itu tidak menafikan bahawa Zaidatul Husniah bukanlah lawan yang biasa buat dirinya akan tetapi Afrina akui dia mampu memberikan saingan buat Zaidatul dan juga berazam untuk mengambil kedudukan tangga pertama milik Zaidatul Husniah.
"Zaidatul masih lagi 'on-top' dengan lariannya tapi saya rasa saya boleh beri saingan pada Zaidatul dan ingin pergi lebih jauh dari Zaidatul," kata Afrina Batrisyia.
Tambahnya, dia berazam untuk mencapai kemenangan setaraf Zaidatul Husniah di antara umur 21 hingga 25.
"Mungkin dalam umur saya 21 hingga 25 tahun saya akan menjadi seperti Zaidatul Husniah atau menjadi lebih lagi," katanya.
Sebelum ini setiap negeri hanya menganjurkan satu atau dua sahaja acara sukan akan tetapi berbeza pula edisi kali ini di mana Pulau Pinang akan menganjurkan lebih dari satu acara iaitu bola jaring, pelayaran, pingpong, sepak takraw softball dan itu adalah kelainan untuk MSSM 2024.
Di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata seterusnya, Afrina akan menyertai acara 100m dan 200m dan menyasarkan untuk perbaharui rekod peribadi serta ingin menambahbaik teknik larian untuk melayakkan diri ke Sukan Sea akan datang.