Atlet lumba basikal para negara, Afiq Afify Rizan, kini semakin selesa menjalani latihan di Velodrom Nasional bagi menghadapi saingan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang bakal bermula pada 17 September.
Acara berbasikal trek menjadi antara prospek emas utama Malaysia dan Afiq dilihat sebagai antara sandaran utama bagi merealisasikan impian itu.
Sehingga kini, jadual penih temasya itu belum lagi disahkan, namun bagi Afiq, dia lebih cenderung untuk memberikan fokus kepada proses persiapannya.
Sebelum ini, dia telah pun menjalani latihan di Cameron Highlands bersama jurumudi, Khairul Adha Rasol, dan gandingan itu sudah membuktikan keberkesanan apabila meraih pingat gangsa acara pecut dalam Kejohanan Dunia Trek para di Los Angeles, Amerika Syarikat, awal tahun ini.
"Sekarang kami sudah selesai dengan proses latihan, cuma kini dalam fasa terakhir. Jadi, kami akan terus membiasakan diri dengan keadaan velodrom.
"Kami akan cuba dapatkan pingat emas untuk negara dan acara kami juga dijadualkan berlangsung pada hari pertama, jadi lebih manis jika dapat sumbangkan emas.," kata Afiq
Sementara itu, Khairul tidak menganggap insiden tayar meletup ketika sesi latihan sebelum ini menjejaskan aksinya dan Afiq sambil menyifatkan dirinya sudah bersedia untuk membutirkan emas buat Malaysia.
"Sebelum ini kami menjalani kem persiapan di Cameron Highlands, secara tak langsung kami lebih yakin.
"Bagi saya, keadaan di Velodrom Nasional membuatkan kayuhan lebih laju, jadi kami akan cuba membiasakan diri," ujar Khairul.