MPL MY
Aero Esports & JP Niners siap sedia bertemu gergasi merah
Menjelang saingan Minggu Diraja Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) musim ke-15, Aero Esports dan Jp Niners mengumumkan pertukaran pemain untuk baki perlawanan musim ini.
Antara langkah drastik yang dibuat Aero Esports adalah melepaskan Rindo secara rasmi sebagai pemain bebas. Turut melakukan perubahan drastik adalah pasukan JP Niners yang melepaskan Mal selaku pemain pinjaman daripada pasukan Homebois.
Turut mencuri tumpuan juga adalah langkah Aero Esports meminjam Hazle, pemain daripada RRQ Hoshi untuk menggalas tanggungjawab selaku 'jungler' pasukan.
Iklan
Langkah drastik ini diambil apabila Aero bakal bertemu pasukan gergasi SRG.OG pada Jumaat ini. JP Niners juga bakal mengharungi cabaran yang sama pada Ahad. Mampukah langkah drastik Aero dan JP akhirnya menumbangkan juara Mid Season Cup 2024 itu?
Must-Watch Video