GOLF
ADT sahut cabaran Kerajaan Negeri Selangor rancakkan golf pembangunan Asia
Kejohanan Golf Jelajah Pembangunan Asia (ADT) menyambut baik pengesahan Kerajaan Negeri Selangor untuk terus memperkasakan kejohanan itu pada masa akan datang.
Selangor Masters merupakan antara kejohanan yang menjalinkan hubungan bersama ADT memberi impak besar dalam penganjuran kali ke-14 ini.
Jika hasrat itu berjalan lancar, ia bakal menyaksikan lebih banyak kejohanan antarabangsa dianjurkan di Selangor dan secara tidak langsung merancakkan lagi ekosistem golf di negara ini.
Iklan
Meskipun berdepan kekangan untuk mencapai persetujuan bersama pemilik padang golf yang rata-ratanya dimiliki syarikat swasta, namun Selangor optimis untuk memeterai perjanjian dan menganjurkan lebih banyak kejohanan elit.
"Terdapat peningkatan terhadap kemunculan pemain amatur di Malaysia ketika ini.
"Terdapat tiga generasi golf di sini. Contohnya pemain veteran, Danny Chia, telah meletakkan penanda aras yang tinggi.
"Dalam kalangan 11 pemain amatur, tiga daripada ke pusingan akhir dan ketiga-tiga merupakan pemain dari Malaysia.
"Mereka tampak positif dalam pertandingan di peringkat antarabangsa.
"Jadi saya harap lebih banyak kejohanan dianjurkan di sini selain faktor kemudahan di sini.
"Ramai pemain yang sedia datang ke Malaysia yang menyediakan kemudahan yang hebat," Pengarah ADT, Ken Kudo, di Nadi Weekend sebentar tadi.
Must-Watch Video