Adli Hafidz yakin pertahan gelaran


Jun 25, 2024 20:47 MYT
Adli Hafidz selaku juara tinju yang memenangi tali pinggang WBC Asia Continental kelas Light heavyweight kurang enam bulan lalu meluahkan keyakinnanya untuk kembali mengekalkan gelaran.
Kejuaraan yang diemenanginya itu sekaligus terus pahat nama negara di persada dunia yang akan berlangsung di Spaceplus Bangkok RCA, Bangkok, Thailand 27 Julai ini.
Bagi edisi kali ini, Adli akan bersaing dengan lawannya dari Thailand iaitu Rattawut Thongaram pada Khamis dan suka untuk diingatkan bahawa lawan itu bukan calang-calang dan Adli turut akui akan kehebatanya kerana mempunyai rekod enam kemenangan dan banyak beraksi pada tahun 2024.
Untuk rekod, sejak menjadi petinju profesional, Adli yang juga dikenali sebagai 'Goldenboy' turut mempunyai rekod 13 kemenangan, satu kekalahan dan telah merangkul lima tali pinggang kejuaraan.
#Tinju #Adli Hafidz