Adli Hafidz Pauzi meningkatkan potensinya untuk mencabar kejuaraan dunia Pertubuhan Tinju Antarabangsa (UBO), tetapi petinju profesional itu perlu melepasi rintangan pencabarnya dari Indonesia terlebih dahulu.

Perlawanan merebut tali pinggang Antara Benua UBO itu dijadual berlangsung pad 21 Ogos depan dengan lawannya akan ditentukan sedikit masa lama lagi.

Bekas juara Majlis Tinju Dunia (WBC) dan Majlis Tinju Asia (WBA) itu mengakui sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melepaskan rindu di gelanggang.

"Ini peluang terbaik untuk saya (bertarung) selepas sekian lama. Lebih-lebih lagi pertarungan di Dubai baru-baru ini dibatalkan berikutan salah seorang peserta dijangkiti COVID-19.

"Kalau menang, saya akan menjadi pencabar kejuaraan dunia," kata si 'Goldenboy' dalam Nadi Weekend sebentar tadi.


A post shared by adli 'goldenboy' hafidz (@adligoldenboyhafidz)



Adli beralih ke kategori bawah 52kg, middleweight, dan ia memberinya kelebihan fizikal apabila bertemu lawannya kelak sambil menyedari ia bukan satu jaminan untuk mendominasi gelanggang.

"Saya kini antara peninju tertinggi dalam kategori ini selepas menurunkan berat badan.

"Saya akan gunakan ketinggian dan pengalaman saya di peringkat amatur iaitu kepantasan apabila berdepan lawan."