TINJU

Adli Goldenboy kembali dengan tumbukan kemenangan

Shaiful Shamsudin 31/10/2024 | 09:33 MYT
Peninju profesional negara, Adli Goldenboy, mencipta kemahsyhuran apabila menundukkan wakil tuan rumah, Prachak Porkha, di Bangkok, sebentar tadi.
Dalam pertarungan middleweight enam pusingan itu, Adli kerap mengacah sebaik loceng dibunyikan hingga menyukarkan Prachak melepaskan tumbukan tepat sebelum beroleh kemenangan menerusi keputusan juri.
Kejayaan ini secara tidak langsung memadam kekecewaan keputusan membabitkan aksi terakhirnya Jun lalu.

A post shared by Muhammad Hafizuddin (@hafizgenn)

;