SUKAN LAIN

Adiq umum persaraan

Penulis Jemputan 25/01/2019 | 11:39 MYT
Adiq Husainie Othman mengumumkan persaraan selepas 15 tahun beraksi dalam berbasikal lebuh raya.
Apa yang menarik, bekas Olimpian itu membuat persiapan rapi sebelum bersara dengan memiliki tiga cawangan restoran.
Adiq harus dijadikan sebagai contoh kepada atlet lain, dengan bekas pelumba domestik Team Sapura Cycling (TSC) itu sudah membuat persiapan menghadapi persaraan dengan memiliki tiga cawangan restoran selain beberapa aset yang mampu menjana pendapatan.
Semua itu dimilikinya hasil sikap berjimat-cermat sepanjang bergelar atlet.
"Sebagai atlet profesional, kami perlu lebih berfikir panjang dan membuat perancangan selepas bersara. Saya telah melakukannya dan saya percaya atlet lain juga berpandangan yang sama seperti saya," kata Adiq.
Pencapaian terbaik Adiq adalah menyertai Sukan Olimpik London 2012 di samping pernah menyertai beberapa pasukan bertaraf Pro Tour dan Pro Continental seperti Champion System dan Drapac Cycling.
;