BERITA SUKAN AM
'Adik akan ke syurga', jawab Zaquan Adha pertanyaan anak-anak
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, berkongsi bahawa perkhabaran anak bongsu, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees, sukar diterima anak-anaknya.
"Mereka terkejut dan menangis, mereka tak dapat terima. Anak saya yang kecil juga tanya nak pergi mana, jadi saya dan isteri hanya mampu cakap dia akan ke syurga," ujarnya Zaquan.
Zaquan semalam berkongsi menerusi Instagram mengenai kehilangan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees.
Dia berkongsi di mana dia bawa kesemua anaknya untuk tidur bersama Allahyarham sebelum dibawa ke Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan untuk majlis pengebumian.
"Saya bawa mereka ke sini sebab saya nak mereka lihat sendiri, daripada semalam saya nak mereka sama-sama dengan baby, tidur sama-sama. Alhamdulillah," Tambahnya.
Terdahulu, Zaquan Adha telah berkongsi berita kesedihan kehilangan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees menerusi kemas kini di laman sosial Instagram Story.
Ikuti laporan penuh menerusi Nadi Arena jam 7.30 malam ini.