HOKI

ACT Wanita 2024: India benam Malaysia dalam aksi pertama

Stadium Astro
Ammar Hakim
11/11/2024
13:27 MYT
Sponsor Banner
ACT Wanita 2024: India benam Malaysia dalam aksi pertama
Malaysia terpaksa berdepan permulaan langkah kiri apabila tewas kepada India dalam aksi pembukaan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2024 sebentar tadi.
ACT Wanita 2024 yang berlangsung di Rajgir, Bihar, India pada 11 hingga 20 November ini bermula dengan aksi liga sepusingan pertama menemukan antara Malaysia dan skuad tuan rumah India yang berkesudahan dengan keputusan 0-4.
Walaupun diuji seawal minit kelapan menerusi sentuhan magis dari Sangita Kumari daripada pukulan sudut penalti, Malaysia Tigress bermain baik di babak pertama dengan keputusan semasa ketinggalan 0-1.
Namun sekembalinya di babak kedua, ada usaha untuk Malaysia menyamakan kedudukan namun segalanya berubah usai Preeti Dubey dan Udita mempamerkan bisa masing-masing melalui pukulan sudut penalti pada minit 43 dan 44.
Dan menjelang lima minit berbaki ke wisel penamat, Sangita Kumari muncul lagi untuk menutup perlawanan buat India membenam Malaysia dengan jaringan padang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video